STADTHUYS/Bangunan Merah in Malaysia
Untuk melihat gambar dari semua arah.. sila klik play dan sila klik sekali lagi didalam gambar dan gerakkan mouse anda tanpa lepaskan klik....
'Bangunan Stadthuys' ("dewan
perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah
terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan laksamana, Melaka, Malaysia.
Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan
Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk
Belanda yang halus.
Bangunan ini juga mempunyai catatan
sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika
pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan
paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan
Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh
Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada
anak-anak golongan Cina yang kaya.
Catatan
sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa
perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu
dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja,
Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka
pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar.
Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.
Pada
bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut
daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah
Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah
Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga
sekarang.
No comments:
Post a Comment