Kota A Famosa in Malaysia
Untuk melihat gambar dari semua arah.. sila klik play dan sila klik sekali lagi didalam gambar dan gerakkan mouse anda tanpa lepaskan klik....
Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia.
A Famosa dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada
1511. Di bina bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, Ia mengambil
masa selama 5 bulan untuk di bina. Bahan benaan kota tersebut diambil
dari runtuhan masjid dan bangunan-bangunan lain yang musnah akibat
peperanganPembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque .
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter
hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San
Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo
Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah
menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke
semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan
Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah
& Jalan Istana. Penjajah Portugis
turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat
beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal
menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis
untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan
Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk
yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam
satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14
Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate,
yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran,
penyakit dan tembakan.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki
sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan
dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda.
Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah
suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal
sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang
terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
No comments:
Post a Comment